Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza

Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza

Kumpulan pejuang Palestin Hamas semalam berkata pihaknya berjaya memusnahkan enam kereta kebal Israel dan dua kenderaan tentera di Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, sayap bersenjata kumpulan itu, Briged Qassam, berkata tiga kereta kebal dan dua kenderaan terkena peluru anti-perisai di utara Gaza City.



Dua lagi kereta kebal dimusnahkan di barat daya Gaza City dan sebuah lagi di barat laut bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, tambahnya.

Memetik laporan ANADOLU, tiada ulasan daripada tentera Israel mengenai kenyataan Hamas.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 10,569 rakyat Palestin, termasuk 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita, telah terbunuh sejak itu. Sementara itu angka kematian Israel, hampir 1,600, menurut angka rasmi.



Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel. BH

Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker