Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan menuntut Ahmad Faizal Azumu segera meletak jawatan sebagai ketua Perikatan Nasional (PN) negeri kerana didakwa “tidak lagi berminat” menerajui gabungan berkenaan di negeri itu.

Rafiei Mustapha, yang juga timbalan ketua PN Negeri Sembilan berkata, Faizal atau lebih dikenali Peja tidak memainkan peranan sebaik mungkin selepas PRN berakhir Ogos lalu.



“Kalau beliau rasa sudah tidak lagi berminat untuk teruskan tugasnya sebagai pengerusi PN (negeri), sebaiknya serahkan segera kepada tokoh lain yang barangkali lebih sesuai dan dekat dengan Negeri Sembilan.

“Lagipun ketika beliau ambil alih jawatan itu pun memang ada ‘suara-suara’ yang tidak berpuas hati mempersoalkan kenapa melantik orang luar sedangkan ada saja tokoh daripada Bersatu di negeri ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, jawatan ketua PN Negeri Sembilan diperuntukkan kepada Bersatu dan mahu calon lain dilantik mengetuai gabungan berkenaan di negeri itu.

Katanya, kali terakhir beliau dan Faizal bersua muka dalam mesyuarat “post mortem” selepas dua minggu PRN dan kini hanya berkomunikasi melalui kumpulan WhatsApp.



“PAS tiada masalah dengan beliau dan ketika menghadapi PRN lalu, saya rasa kerjasama kita sangat baik dan kalau diperhatikan PN Negeri Sembilan memperoleh pencapaian baik apabila menang di lima kerusi DUN dan hampir menang di 10 kerusi apabila tewas dengan majoriti bawah 500.

“Kalau ada masalah dalaman itu biasalah, tapi kami dalam PAS memang tiada masalah dengan beliau (Faizal), cuma daripada pandangan saya, Peja seolah-olah tidak lagi berminat,” katanya.

Faizal dilantik sebagai ketua PN Negeri Sembilan Jun lalu bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith yang digugurkan. FMT

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker