Sajat pertahan diri menari separuh bogel di Australia

Sajat pertahan diri menari separuh bogel di Australia

Gara-gara berkongsi video menari seksi melampau di sebuah pusat hiburan di Sydney, akaun X usahawan, Sajat diserang netizen yang rata-rata berasa jelik melihat kelakuannya.

Bergaya separuh bogel hanya menutup bahagian dada dan punggung, Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zamanbergelek tak ingat dunia depan khalayak ramai di kelab tersebut.



“Berbanggalah dengan diri sendiri,” tulisnya dalam kapsyen berserta tanda pagar pondan cantik dan transpuan.

Ramai yang kurang senang dengan perbuatan pensohor media sosial itu kerana sebelum ini dia pernah menangis mengenang nasibnya di Australia.

“Sajat, dulu awak cakap dah mula solat saya ingat awak akan insaf. Rupanya masih lagi sama,” kata netizen.

“Dalam TikTok berair mata sampai orang percaya sudah insaf tetapi di X bangga jadi pondan,” sindir pengikut lain.



“Jangan minta kami ajar awak buat kuih. Belajar sendiri,” ujar netizen yang kecewa dengan tindakan ahli perniagaan itu.

Dalam pada itu, anak jati Perak itu dilihat aktif membalas komen netizen yang mengecamnya.

“Saya tidak menari pun akan tetap memondan. Sekarang ini awak sakit matakah tengok saya menari atas meja?

“Berhenti buli saya selagi tidak mengganggu orang lain.



“Saya cuma kongsi apa yang saya mahu. Kenapa kamu semua suka menghakimi saya?,” katanya. K Online

Sajat pertahan diri menari separuh bogel di Australia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker