Graduan UniSZA terima berita kematian bapa ketika menanti giliran terima skrol

Graduan UniSZA terima berita kematian bapa ketika menanti giliran terima skrol

KUALA NERUS: Luluh hati seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila kegembiraan menunggu giliran menerima skrol Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), bertukar duka apabila menerima berita kematian ayahnya. pagi tadi.

Berita sedih itu diterima Haslina Kalang, 23, yang berasal dari Tawau, Sabah kira-kira 15 minit sebelum naik ke pentas.



Suasana pilu jelas dirasai dalam dewan itu, apabila Haslina dipeluk Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof Madya Dr Syarilla Iryani Ahmad Saany, di hadapan Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Mohd Yusof Noor dan Pengurusan Tertinggi UniSZA di atas pentas yang turut berkongsi kesedihan graduan itu.

Haslina berkata, dia ada menghubungi ibunya, Kurniati Iskandar, 48, untuk menanyakan keadaan bapanya, Kalang Tona, 56, pagi tadi, tetapi tidak dapat bercakap kerana sedang mandi.

“Sebelum masuk dewan, saya ada hubungi ibu kerana mahu bercakap dengan ayah, tetapi ibu memberitahu ayah sedang mandi.

“Bagaimanapun, ketika berada dalam dewan dan kira-kira 15 minit gilirannya naik ke pentas, saya menerima panggilan daripada jiran memaklumkan bapa sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Ke-15 (Sidang Ketiga) di Dewan Al-Muktafi Billah Shah UniSZA, di sini hari ini.



Haslina yang juga anak kedua daripada lima beradik berkata, dia datang ke UniSZA semalam sambil ditemani kakak sulung, Kasnia, 24, untuk mengambil skrol.

Katanya, dia memang keberatan untuk datang ke Terengganu, namun bapanya memintanya menghadiri konvokesyen terbabit.

“Bapa diserang angin ahmar tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini keadaannya sedikit merosot kerana sering terjaga tengah malam dan sukar tidur.

“Selepas habis belajar di Unisza tahun lalu, saya dan ibu menjaganya. Malah, apa yang menyedihkan saya tidak sempat berkongsi hari gembira dengan bapa,” katanya.



Haslina berkata, sepatutnya dia akan pulang semula ke Tawau, esok, namun mengambil keputusan balik dengan segera hari ini bersama kakak.

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan UniSZA yang membantu membiayai dengan memberikan RM2,500 untuk kos penerbangan ke Tawau,” katanya. BH

Graduan UniSZA terima berita kematian bapa ketika menanti giliran terima skrol

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker