Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun

Detik yang membanggakan bagi tokoh Korporat Tan Sri Azman Hashim yang menjangkau usia 84 tahun apabila berjaya berada di puncak Gunung Kinabalu. – Foto Bernama

KOTA KINABALU – Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.

Bekas Pengerusi Kumpulan AmBank itu berkata, beliau mula mendaki pada Isnin (30 Okt) pada jam 8.45 pagi dan tiba di Laban Rata yang merupakan rumah persinggahan bagi pendakian pada jam 7.15 malam sebelum menyambung balik pendakian bermula pada pukul 5 pagi keesokan harinya dan sampai di puncak pada pagi hari yang sama.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini pada usia 84 tahun, bagi saya umur bukanlah penghalang dan percaya dengan semangat dan keazaman yang tinggi, segalanya boleh dicapai,” kata beliau kepada Bernama menerusi e-mel pada Khamis.

Ini merupakan pendakian kali kedua Azman ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari aras laut dan kejayaan pendakian sulung beliau dicapai pada 2010 ketika berusia 71 tahun.



Nama Kinabalu diperoleh daripada perkataan dalam Bahasa Kadazandusun ‘Aki Nabalu’bermaksud gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun, juga merupakan gunung tertinggi antara Banjaran Himalaya dan New Guinea.

Ditanya mengenai nasihat beliau terutamanya kepada generasi muda, Azman berkata, pencapaian ini selanjutnya memberikan contoh komitmen seseorang untuk mengatasi rintangan dan mencapai sesuatu yang baharu dalam setiap usaha.

“Pencapaian ini tanpa diragui menjadi inspirasi buat semua, merentasi semua generasi bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai dan dalam genggaman kita,” kata tokoh perbankan itu.

Azman merupakan seorang daripada tokoh dalam bidang perbankan, yang mula menceburi dalam sektor ini sekitar tahun 1960-an dan dengan kekuatan semangat keusahawanannya, beliau menjadi pemacu utama pertumbuhan Kumpulan Ambank sejak 1982.



Bermula sebagai Arab-Malaysian Development Bank dengan 200 kakitangan, Azman membinanya sehingga menjadi sebuah konglomerat kewangan, Kumpulan AmBank dengan lebih 9,000 staf.

Sementara itu, menurut Jurucakap Pusat Maklumat Gunung Kinabalu, pendaki tertua Malaysia yang berjaya mendaki dan sampai ke puncak gunung itu ialah Buatin Blandong, 90, yang melakukannya pada 5 Sept tahun lepas.

Ia merupakan kali kelapan pesara kerajaan dari Papar, Sabah berjaya mendaki dan sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan pendakian sulung ketika zaman mudanya. – Bernama

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker