Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki yang kelihatan seperti berjalan di atas laut di Aceh baru-baru ini, lapor laman berita Prohaba kelmarin.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @rumponaluenaga pada Khamis minggu lalu.

Ia dirakam oleh pemancing yang sedang duduk di atas sebuah bot.



Dalam video itu, seorang lelaki kelihatan seperti sedang berjalan secara santai dengan menyeberangi laut, namun sebenarnya, paras air di situ dikatakan hanya berada pada paras lutut.

Sebuah bot kemudian berhenti di tengah laut berhampiran lelaki itu sebelum dia menghampiri dan menaiki bot tersebut.

Video itu kemudian menerima banyak komen daripada netizen dengan ada yang menyatakan bahawa terdapat beting pasir yang menyebabkan lelaki tersebut boleh berjalan di tengah laut. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker