Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Dicop bodoh dan tidak prihatin dengan nasib rakyat Palestin hanya disebabkan memuat naik perkongsian berkaitan kerja membuatkan hati pelakon Fasha Sandha terluka.

Katanya, walau giat mempromosikan produk dalam laman sosial, tidak bermakna dia enggan memberi perhatian terhadap nasib saudara seagama di Gaza.

“Saya turut berdukacita, turut mendoakan, juga turut titipkan bantuan.



“Tapi apabila saya buat ‘posting’ berkenaan kerja saya untuk produk bukan bererti saya tidak berduka cita dan peka terhadap isu Palestin serta Gaza.

“Walaupun saya ini jenis kalis kecaman, ada juga sedikit (rasa) terguris,” katanya dalam Instagram.

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 39, itu meminta individu yang suka menabur tuduhan membuat semakan mengenai produk diwakili dengan sumbangan kepada tabung berkaitan.

“Mungkin cik boleh periksa sama ada pasukan kami peka atau tidak terhadap Palestin-Gaza. Baru boleh kembali bagi komen kat sini,” ujarnya.



Pelakon drama Rampas Cintaku 2 itu turut memberitahu, dalam mendepani situasi semasa, kehidupan dan usaha mencari rezeki perlu diteruskan.

“Hidup kita semua harus diteruskan, sama juga seperti rancangan nyanyian dan hiburan di televisyen juga tetap diteruskan walau semua sedang berduka,” katanya.

Sebelum ini Fasha yang juga isteri kepada pelakon Aidil Aziz kerap menjadi sasaran segelintir individu yang seakan kurang senang dengannya.

Bersama Aidil, pasangan terbabit dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia tiga tahun.



Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, 8

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker