‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

“Plot twist of the century,” We Are Winning The War

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 54 yang bermaksud: “Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.”

Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Kekejaman zionis Israel menghapuskan Palestin kini menjadi ‘plot twist if century’ apabila semakin ramai yang mula melihat keindahan Islam. Malah isu kesombongan Bani Israil, kemunculan Nasi Isa as dan kemenangan Palestin seperti yang tertulis dalam Al Quran nyata satu penemuan baharu yang cukup mengejutkan warga Tiktokers di barat.

Al-Quran ialah petunjuk sepanjang zaman. Segala yang dikisahkan di dalamnya menjadi iktibar kepada seluruh umat manusia dalam menjalani kehidupan di dunia.



Di sebalik tragedi berdarah pembunuhan beramai-ramai oleh zionis Israel terhadap penduduk Gaza, dunia mula membuka mata terhadap keindahan Islam. Keteguhan akidah dan sifat tawakal penduduk Gaza terhadap ketentuan dan janji Allah nyata menyentuh hati.

Biarpun kehilangan anak kecil, malah seluruh keluarga menjadi mangsa keganasan zionis Israel, namun laungan ‘Allahuakbar’ dan ‘Alhamdulillah’ sentiasa meniti di bibir setiap umat Islam Gaza walau dalam tangisan.

Pempengaruh TikTok, Megan Rice memulakan gerakan ‘non muslim reading Quran’ dan ia menjadi inspirasi buat Tiktokers Barat lain untuk turut sama menghayati bacaan dan maksud dalam Al-Quran. Megan yang turut lantang memperjuangkan kebebasan Palestin menyatakan kekaguman akan akhlak, kesabaran dan ketakwaan umat Islam Gaza walau sedang berhadapan dengan kekejaman zionis Israel.

Malah Tiktokers Jackjackwilds tidak dapat menyembunyikan keterujaan setiap kali membaca surah baharu dan maksudnya di dalam Al-Quran. Malah dia tertanya-tanya apa yang membuatkan penduduk Gaza cukup kental dan teguh walau diuji.



Terbaharu, Jackjackwilds membuat pengakuan sudah menyatakan syahadah dan memeluk agama Islam.

Gelombang ‘non muslim reading Quran’ semakin besar di TikTok dan Megan mewujudkan komuniti bagi mereka yang turut sama berminat untuk belajar dan lebih mendalami Al-Quran.

Kredit :TikTok / Utv

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker