Pendakwaan dibenar pinda 3 tuduhan dalam kes 1MDB Najib

Pendakwaan dibenar pinda 3 tuduhan dalam kes 1MDB Najib

Mahkamah Tinggi di sini membenarkan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak meminda tiga daripada 24 pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan itu atas alasan pindaan itu tidak akan menjejaskan Najib atau menyebabkan beliau berdepan sebarang ketidakadilan.



“Tiada apa yang jahat (dalam pindaan pertuduhan itu) seperti didakwa pihak pembelaan.

“Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk menjalankan prosiding di mahkamah, dan ia termasuk kuasa meminda pertuduhan.”

Sequerah berkata peguam Najib akan dibenarkan memanggil saksi tertentu semula untuk pemeriksaan balas lanjut berhubung pertuduhan pindaan itu.

Peguam Shafee Abdullah berkata pasukan pembelaan sedang mempertimbangkan siapa yang akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.



Pihak pendakwaan berkata pindaan itu perlu selepas keterangan penganalisis Bank Negara (BNM), Adam Ariff Roslan.

Pihak pendakwaan mahu meminda kuantum suapan dalam pertuduhan salah guna kuasa keempat terhadap Najib daripada RM49.9 juta kepada RM45.8 juta.

Ini selepas Adam memberitahu mahkamah dia mengesan RM45.8 juta daripada RM975 juta pinjaman diambil 1MDB dalam akaun Najib.

Berhubung dua pertuduhan pengubahan wang, pihak pendakwaan dalam proses meminda kuantum dalam pertuduhan ke-10 dan ke-21, masing-masing daripada RM652.6 juta kepada RM515.7 juta serta daripada RM12.4 juta kepada RM11.4 juta.



Cadangan pindaan kepada dua pertuduhan itu dibuat selepas pegawai penyiasat, Foo Wei Min memberi keterangan.

Selepas pindaan itu diluluskan, pertuduhan dibacakan semula kepada Najib, yang mengesahkan pengakuannya “tidak bersalah”.

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang didakwa membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Seramai 48 saksi memberi keterangan sejak perbicaraan bermula 28 Ogos 2019. FMT



Pendakwaan dibenar pinda 3 tuduhan dalam kes 1MDB Najib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker