Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah

Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah

Perikatan Nasional (PN) mendakwa majoriti rakyat mahu mereka mengambil alih tampuk pentadbiran Putrajaya, merujuk sentimen itu berdasarkan suara di media sosial.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, berkata orang ramai menyuarakan pendapat mereka di media sosial dengan mendakwa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu berkepentingan rakyat.



“Kami tak fikir nak ambil alih kerajaan atau tak, tetapi dalam media sosial rakyat kata bila nak ambil alih? Itu yang kita baca.

“Sebab itu kita bagi cadangan (melalui perbahasan Belanjawan 2024) untuk buktikan kerajaan sekarang tak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat,” katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen PN.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut mendakwa kerajaan kini dalam keadaan “celaru” kerana ada percanggahan antara satu sama lain, mengambil contoh penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

“PM kata telah bincang dan Kabinet setuju, tetapi kita lihat yang bantah termasuk mereka bersetuju dalam Kabinet.



“Tiba-tiba mereka bangkang di luar, ada PKR…DAP yang membangkang apa telah dipersetujui,” katanya menegaskan Ahli Parlimen PN menyokong penjelasan Anwar berhubung isu Palestin di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, 12 Ahli Parlimen dan Adun PKR menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah bermula 29 Okt hingga 3 Nov.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, pula meminta KPM mengambil tindakan tatatertib terhadap penganjur kerana mempamerkan unsur kekerasan dan bersenjata di sekolah, berkait penganjuran program itu.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata kegagalan pentadbiran kerajaan termasuk membabitkan kesilapan Anwar dalam membentangkan Belanjawan 2024 berhubung hasil berkurangan RM4 bilion sehingga terpaksa membuat ralat.



Bagaimanapun, katanya ralat dibuat termasuk menerusi surat bertarikh 17 Okt iaitu sehari selepas beliau mendedahkannya, membuktikan kerajaan tidak teliti dalam membuat perancangan.

“Lebih malang kami tidak diberi peluang di Dewan Rakyat untuk membangkitkannya dan meminta penjelasan lanjut,” katanya. FMT

Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker