Ella pakai alat bantuan pendengaran

Ella pakai alat bantuan pendengaran

PERNAH mendedahkan berdepan masalah pada kedua-dua telinga sejak setahun lalu, penyanyi Ella tidak malu mengakui menggunakan alat bantu dengar bagi mempertajamkan deria pendengarannya.

Katanya, tiada sebab untuk berasa rendah diri atau terikat dengan stigma masyarakat yang menganggap penggunaan alat sokongan pada telinga hanya untuk individu pekak.



“Tiada sebab saya nak rasa malu atau anggap diri mempunyai kekurangan apabila memakai alat bantuan pendengaran hanya kerana status saya sebagai penyanyi senior.

“Kalau alat ini dapat membantu saya mendengar dengan lebih sempurna serta melancarkan urusan harian dan kerjaya, kenapa tidak saya menggalakkan orang lain juga lebih peka dengan perubahan diri sendiri.

“Stigma alat bantuan ini hanya untuk orang hilang pendengaran seharusnya dikikis, malah saya harap dapat suntik kesedaran kepada orang ramai supaya membuat pemeriksaan tahunan,” katanya ketika ditemui pada program Komuniti Global Hearing Care Centre (GHCC), semalam.

Sekitar September tahun lalu pemilik nama sebenar Nor Azila Aminuddin, 57, itu membuat pengakuan hanya mengetahui telinganya bermasalah selepas menjalani pemeriksaan ketika menghadiri program anjuran GHCC.



Biarpun tidak teruk iaitu pada tahap pertengahan, masalah pendengaran yang berpunca daripada aktiviti menyelam selain terdedah kepada bunyi-bunyian kuat dapat diseimbangkan selepas menggunakan alat bantu tersebut.

Sebagai penghibur yang hampir empat dekad terbabit dalam industri muzik, pelantun lagu Permata Pemotong Permata itu juga berharap teman seperjuangan jangan berlengah andai merasakan tanda-tanda pendengaran terjejas.

“Sebelum ini, ada rakan bertanya mengapa saya pakai alatan di telinga, jadi saya jelaskan yang saya boleh dengar tetapi tidak setajam orang lain. Sebenarnya sesiapa saja boleh buat pemeriksaan kalau rasa kurang selesa pada pendengaran,” katanya.

Ella yang dilantik sebagai duta GHCC bakal mengikuti kempen badan itu bagi menyuntik kesedaran mayarakat terhadap kepentingan penjagaan deria pendengaran serta melakukan pemeriksaan. K Online



Ella pakai alat bantuan pendengaran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker