Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong

Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menggesa Malaysia Airlines (MAS) dan Lapangan Terbang Senai (LTAS) meneliti semula polisi hanya satu pas naik kapal terbang atau ‘boarding pass’ dibenarkan untuk satu telefon bimbit kerana ia boleh menimbulkan kesulitan kepada penumpang.

Pas naik kapal terbang atau boarding pass mengandungi maklumat nama penumpang kapal terbang, nombor penerbangan, destinasi, nombor tempat duduk dan nombor pintu berlepas.



Perkara itu mendapat perhatiannya apabila seorang wanita tampil memohon bantuannya ketika beliau menunggu penerbangan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur di LTAS, semalam.

Katanya, wanita itu memaklumkan bapanya tidak dibenarkan memasuki ruang pemeriksaan keselamatan walaupun dia sudah menyempurnakan daftar masuk tiket bagi pihak bapanya menggunakan telefon bimbitnya sendiri kerana bapanya tiada telefon bimbit.

Katanya, wanita itu memaklumkan pihak berkuasa di situ tidak membenarkan bapanya masuk ke ruang pemeriksaan keselamatan dan seterusnya menaiki penerbangan kerana setiap telefon bimbit hanya dibenarkan satu ‘e-boarding pass’.

“Kenapa hanya satu ‘e-boarding pass’ dibenarkan dalam satu telefon bimbit? Bagaimana dengan warga emas yang buta huruf atau tidak memiliki telefon bimbit? Kenapa AirAsia boleh membenarkan dua e-boarding pass dalam satu telefon bimbit?



“Kenapa prosedur operasi standard (SOP) MAS untuk ‘e-boarding’ di LTAS berlainan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)? Apakah logiknya?” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Bagaimanapun, katanya selepas berlaku intervensi oleh pegawai MAS, barulah pengawal di situ membenarkan bapa wanita terbabit dibenarkan masuk ke ruang pemeriksaan keselamatan.

“Kenapa selepas intervensi pegawai MAS, barulah penumpang yang terbabit dibenarkan menaiki pesawat? Apakah magiknya?

“Justeru, saya menyarankan kepada pihak pengurusan MAS melakukan pembaikan SOP, bincang dengan pihak pengurusan LTS dan Polis Bantuan agar kejadian ini tidak berulang,” katanya. BH



Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker