Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

“Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan ‘hi bye’,” katanya.

Demikian penjelasan ahli perniagaan, Irene Deanna, 25 yang digosipkan menjalinkan hubungan bersama pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.



Irene menafikan dakwaannya dan Syamsul menjalinkan apa-pa hubungan selepas tular gambar sedang makan malam bersama.

“Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.

“Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, ‘no comment’,” katanya kepada BH Online.

Irene ditemui pada sidang media Konsert Stars On Fire di Hotel Le Meredien, di sini, petang tadi.



Tambah Irene, dia terkejut namanya dipetik dan menjadi bualan netizen selepas gambar bersama Syamsul tular.

Bagaimanapun, Irene mengakui, dia tidak terganggu dengan gosip sedemikian.

“Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun.

“Syukur, gosip ini tidak menganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa.



“Tiada ‘stress’ atau apa-apa, saya okay sahaja,” katanya.

Irene berkata, dia membaca komen netizen dan hanya mampu ketawa bila membaca setiap dakwaan dilemparkan.

“Saya baca dan hanya tergelak,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya sudah berpunya, Irene enggan mengulas.



“Itu pun saya tiada komen,” katanya ringkas.

Terdahulu, Irena didakwa menjalin hubungan dengan Syamsul selepas tersebar foto Syamsul menghadiri makan malam yang disertai keluarga wanita itu.

Turut kelihatan, sekeping gambar pengarah sensasi itu berdua bersama Irene dalam satu hantaran dalam Instagram. BH

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker