Malaysia tak iktiraf keputusan unilateral Washington – Anwar

Malaysia tak iktiraf keputusan unilateral Washington – Anwar

Malaysia tidak mengiktiraf sebarang keputusan mana-mana negara yang dibuat secara sepihak (unilateral), kata Anwar Ibrahim.

Menurut perdana menteri pendirian itu dibuat termasuk ke atas AS yang dalam proses meluluskan suatu rang undang-undang untuk bertindak ke atas negara atau individu yang menyokong kumpulan pejuang Palestin.



“Kita (Malaysia) hanya mengiktiraf keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang disebut multilateral,” katanya.

Tambah Anwar pendirian atau keputusan dibuat Washington itu tidak akan mempengaruhi dasar atau keputusan kerajaan berhubung isu Palestin.

Menurut perdana menteri, Malaysia bertindak mengikut prinsip yang dipegang selama ini iaitu Hamas mempunyai hak yang sah terhadap perjuangan Palestin.

Untuk menjelaskannya, ahli parlimen Tambun itu memberi contoh perjuangan Kongres Kebangsaan Afrika (AFC) bersama Nelson Mandela berjuang membebaskan negara itu daripada dasar aparteid.



“Walaupun kita tidak mengakui (meratifikasi) Statut Rom (dan) maka tak boleh bawa (Israel) ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), tapi kita jelas memberi sokongan kepada mana-mana negara termasuk Palestin merujuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke ICC,” katanya. Mk

Malaysia tak iktiraf keputusan unilateral Washington – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker