Apakah Jordan bersedia berperang dengan Israel?

Apakah Jordan bersedia berperang dengan Israel?

AMMAN: Jordan semalam berkata, pihaknya terbuka kepada ‘semua pilihan’ untuk bertindak balas sekiranya Israel terus gagal membezakan antara sasaran tentera dan orang awam di Semenanjung Gaza.

Ia mendakwa sebahagian besar serangan Israel menyasarkan orang awam ketika regim Yahudi itu mempertingkatkan siri pengeboman serta pencerobohan menjadi semakin sengit di Semenanjung Gaza.



Perdana Menteri Jordan, Bisher al Khasawneh, tidak memperincikan apa langkah akan diambil Jordan, beberapa hari selepas ia memanggil semula dutanya dari Israel sebagai bantahan terhadap serangan ke atas Gaza.

Jordan minggu lalu turut mengumumkan bahawa duta Israel yang meninggalkan Amman sejurus selepas serangan Hamas, tidak akan dibenarkan pulang dan mengisytiharkan individu itu sebagai ‘persona non grata’.

“Jordan terbuka kepada semua pilihan yang ada dalam menangani pencerobohan Israel ke atas Gaza dan kesannya,” katanya kepada media kerajaan.

Jordan menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1994.



Khasawneh berkata, tindakan Israel melakukan pengepungan ke atas Gaza yang dihuni ramai penduduk bukanlah bagi mempertahankan diri, sebagaimana yang dipertahankan.

“Serangan kejam Israel tidak membezakan di antara sasaran awam dan tentera, ia turut meluas ke kawasan selamat dan menyasarkan ambulans,” katanya.

Israel sebelum ini menafikan sengaja menyasarkan orang awam di kawasan yang berpenduduk padat, malah mendakwa Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai, bertindak menggali terowong di bawah hospital dan menggunakan ambulans untuk mengangkut pejuangnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Israel berkata ‘hubungan negara itu dengan Jordan adalah kepentingan strategik kepada kedua-dua negara dan menyuarakan kekesalan susulan kenyataan oleh pemimpin Jordan.



Menurut seorang diplomat, Jordan sedang mengkaji semula hubungan ekonomi, keselamatan dan politiknya dengan Israel dan mungkin membekukan atau membatalkan sebahagian daripada perjanjian damainya jika konflik Gaza bertambah buruk. BH

Apakah Jordan bersedia berperang dengan Israel?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker