Memang marah, tapi jangan melulu boikot – Fazura

Memang marah, tapi jangan melulu boikot – Fazura

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mengecam pekerja – pekerja sebuah jenama makanan segera terkemuka gara-gara kekejaman yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin.

Fazura, yang lantang mengutuk kejahatan zionis, berpandangan, mana-mana individu tidak wajar menyakiti hati pekerja-pekerja francais makanan terbabit, yang dalam kalangan mereka juga terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) hanya disebabkan kemarahan mereka kepada Israel.



“Memang kita marah, tetapi jangan melulu. Usah jadikan orang lain sebagai punching bag. Kadang saya dengar, ada yang kutuk pekerja, termasuk yang OKU kerana mereka marah pada Israel. Pada saya tindakan itu kejam.

“Saya menerima baik usaha jenama-jenama ini dalam memberi peluang kepada golongan OKU untuk bekerja dengan mereka. Kita semua tahu, bukan mudah untuk golongan ini mencari pekerjaan.

“Janganlah pula kita kecam mereka hanya kerana mereka bekerja dengan jenama makanan yang dikatakan ada kaitan dengan Israel. Mereka cari rezeki untuk sara keluarga.

“Memang senang untuk kita kata, cari kerja lain. Hakikatnya, ia tidak semudah itu. Jangan ikut amarah, hentam dan sakitkan hati mereka. Tindakan itu tidak Islamik,” luahnya.



Dalam pada itu, ibu seorang cahaya mata ini tidak menolak tindakan boikot produk berkaitan Israel memberi impak besar terhadap kelangsungan jenama-jenama berkaitan Zionis.

Justeru dia menyeru masyarakat agar terus melaksanakan boikot sebagai penentangan terhadap kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

“Kita boleh boikot banyak produk keluaran atau berkaitan Israel. Kita pun sudah maklum dengan janama mana yang menyumbang kepada zionis. Jadi, kita wajib boikot.

“Ramai berpendapat boikot tak berkesan. Hakikatnya, ia berhasil. Disebabkan boikot, saham jenama-jenama ini jatuh dan operasi perniagaan mereka terjejas.



“Jadi kita kena terus berjihad dengan memboikot produk mereka,” katanya. Utusan

Memang marah, tapi jangan melulu boikot – Fazura

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker