Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

oleh Khaled Shah Al Takriti

Orang ramai perlu terus memboikot syarikat serta produk yang menyumbang kepada Israel.



Tindakan memulau syarikat serta produk khsususnya dari Amerika Syarikat perlu dilakukan secara berterusan dan Amerika Syarikat perlu ‘disedarkan’ supaya menghentikan polisi ‘double standard’ yang dipraktikkannya selama ini.

Kuasa besar dunia itu menyokong Republik Ukrain menentang Rusia, sedangkan di Palestin mereka menyebelahi Israel dan membantunya menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka yang dirampas rejim itu sejak 1948.

Berbalik kepada isu boikot ini, umum mengetahui bahawa MCDonalds di Israel telah memberi makanan percuma kepada tentera Israel di dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pengeboman berterusan di Gaza. McDonalds pula adalah syarikat dari Amerika Syarikat.

MCDonalds Malaysia pula dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri tetapi ini bukan tiket untuk tidak memboikot mereka. Tetapi McDonalds Malaysia telah menyatakan sokongan mereka kepada Palestin dan telah memberi sumbangan RM3juta kepada tabung Palestin. Jadi tiada sebab untuk kita boikot McDonalds di Malaysia.



Bagi syarikat lain seperti Starbucks dan lain-lain, rakyat perlu terus memboikot mereka sehingga mereka menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Palestin. Sekiranya mereka mahu mengunci mulut mereka maka kita sebagai rakyat perlu mengunci dompet kita dengan memboikot produk mereka.

Inilah masa untuk kita bangkit bersama dan menentang kekejaman yang dilakukan Israel. Ini bukan isu agama tetapi isu kemanusiaan.

Di Malaysia kita belum dapat melihat rakyat berbilang kaum bangun bersama menentang kekejaman Israel. Amat menyedihkan sekali senario ini berbanding di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, UK, France dan lain-lain di mana kita lihat bukan sahaja orang Islam malah bukan Islam pun ramai yang mengutuk Israel dan menyokong perjuangan Palestin. Malah di negara Barat ada kumpulan Yahudi yang menentang rejim Zionis dan menyokong perjuangan Palestin.

Kepada syarikat-syarikat Pro Israel di Malaysia nyatakan sokongan anda kepada Palestin atau bersedia untuk terus diboikot.



Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker