Bapa jenis apa rogol anak 105 kali

Bapa jenis apa rogol anak 105 kali

Putrajaya: “Bapa jenis apa yang merogol anak 105 kali? Satu kali pun kita tidak boleh maafkan, ini pula (lebih) 100 kali,” tegas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Beliau berkata demikian ketika prosiding rayuan akhir seorang bapa tiri durjana yang dipenjara 42 tahun dan dikenakan 24 sebatan kerana merogol anak tiri perempuan sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.



Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara dan sebatan yang disabitkan Mahkamah Tinggi Klang terhadap lelaki berusia 36 tahun itu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah selepas menolak rayuan akhir perayu untuk mengurangkan hukuman berkenaan.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Sebelum ini, pada 27 Januari 2021, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun terhadap tertuduh, antara rekod hukuman penjara tertinggi bagi kesalahan merogol.



“Ini adalah keputusan sebulat suara, rayuan perayu (kurangkan hukuman) ditolak. Hukuman 42 tahun dan 24 sebatan (yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi) dikekalkan,” kata Hakim Hadhariah.

Hadhariah berkata, dalam kes terdahulu membabitkan bapa atau datuk yang merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, mahkamah memberikan hukuman maksimum 36 tahun kepada pesalah seksual itu.

“Mereka yang merogol anak sendiri tidak pernah takut dengan undang-undang, selepas kita letak dipenjara mereka kata sudah jadi orang baik,” katanya.

Terdahulu, peguam KA Ramu yang mewakili perayu memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan perayu untuk mengurangkan hukuman kerana selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang banyak memberi pengajaran dan perayu ingin kembali semula ke dalam masyarakat.



Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir selaku responden memohon mahkamah mengekalkan hukuman 42 tahun penjara dan 24 sebatan itu.

“Mangsa dirogol sejak 2018 dan pada 2020 baru ada keberanian untuk melarikan diri. Mak mangsa pergi kerja, perayu melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Hukuman 42 tahun penjara adalah sangat wajar, dan dia mempunyai masa untuk bertaubat dalam penjara kerana ‘he is sick’,” katanya.

Dhiya Syazwani berkata, dengan hukuman itu akan memberi amaran kepada bapa dan bapa tiri di luar sana yang mahu mengambil kesempatan terhadap anak sendiri.



Lelaki itu didakwa atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020 mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat.

Dia dihukum penjara selama 1,050 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 2021, sebelum Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara itu pada Mac 2022 dan mengurangkannya kepada 42 tahun, manakala sebatan dikekalkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Abdullah dalam penghakimannya berkata, hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen bersifat suatu mengikut perasaan dan berlebihan serta ia adalah suatu yang ‘crushing sentence.’

Bagaimanapun, beliau menegaskan, mahkamah tidak boleh memandang sepi terhadap apa yang dialami oleh mangsa yang berusia 12 tahun ketika jenayah itu bermula. HM



Bapa jenis apa rogol anak 105 kali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker