MP Bersatu sokong PM tetap katak – Akmal

MP Bersatu sokong PM tetap katak – Akmal

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menyelar tindakan ahli parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan Akmal meminta perdana menteri menilai semula sokongan ahli parlimen terbabit agar agenda reformasi parlimen dapat dilaksanakan dan mencapai tujuan.



“Cukup-cukuplah dengan drama politik sebelum ini, rakyat sudah penat dan muak dengan drama politik tersebut.

“Kini adalah masa untuk fokus membantu rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Semalam dilaporkan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menjadi ahli parlimen Bersatu keempat mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Sama seperti tiga ahli parlimen yang lain, Zahari berkata dia berbuat demikian demi kebajikan dan kepentingan rakyat.



Ahli Parlimen Bersatu yang mengambil langkah serupa ialah Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Bersatu sebelum ini menggantung keahlian Suhaili dan Iskandar.

Sementara itu Akmal berkata, akta anti lompat parti sebelum digubal bagi menghalang ahli politik melompat parti sesuka hati agar tiada drama politik berpanjangan dan wakil rakyat boleh fokus kepada khidmat mereka untuk membantu rakyat.

“Tetapi rupa-rupanya walaupun akta anti lompat parti telah diluluskan katak-katak ini tetap melompat menggunakan nama yang lain sahaja iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti.



“Jadi nama yang digunakan walaupun berbeza tetap sama tujuannya untuk katak-katak ini melompat,” tambahnya dalam catatan Facebook. Mk

MP Bersatu sokong PM tetap katak – Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker