Bersatu sudah jadi Berpecah

Bersatu sudah jadi Berpecah

Seorang pemimpin Umno mencadangkan Bersatu menukar nama parti itu kepada “Berpecah” susulan empat Ahli Parlimen mereka menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan itu bukti pembangkang tidak mempunyai wakil rakyat berkaliber dan berkualiti.



“Kena tukar nama (daripada Bersatu) jadi ‘Berpecah’,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kepada FMT.

Timbalan speaker Dewan Negara berkata, tindakan Ahli Parlimen terbabit juga disebabkan kelemahan tapisan calon pilihan raya oleh parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

“Memanglah pasal tak ikhlas nak jadi wakil rakyat yang bertanggungjawab.

“Bersatu pun masa PRU tak ada calon berkualiti dan bertanding atas dasar tangkap muat, naik bas dan menipu rakyat dengan parti PN yang menyamar sebagai BN (Barisan Nasional) dan mengelirukan rakyat,” dakwanya.



“Baiklah kalau mereka sokong PM (perdana menteri). Walaupun parti lawan…untuk kepentingan rakyat dan negara.”

Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik menjadi wakil rakyat Bersatu terbaru mengisytiharkan sokongan kepada Anwar hari ini.

Tindakan sama sebelum ini diambil Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Mereka menggunakan alasan menyokong Anwar bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terganggu dalam mendapatkan peruntukan kerajaan pusat.



Iskandar dan Suhaili sudah dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu yang menggantung keahlian mereka masing empat dan enam tahun.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker