Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar

Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pembangkang “jangan sombong” untuk berbincang dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya menurut Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Putrajaya.



Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Sabtu lalu, Anwar meminta Ahli Parlimen pembangkang terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang jika ingin membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”. FMT

Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker