Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan

Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan

Dua bekas Ahli Parlimen menggesa bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin memberikan penjelasan yang lebih baik berhubung pembaziran dos vaksin Covid-19, yang baru-baru ini diakui tanggungjawab beliau sepenuhnya.

Dr Lee Boon Chye berkata, Khairy perlu menjelaskan mengapa beliau memutuskan untuk membeli dos tambahan vaksin Pfizer.



Lee, yang juga bekas timbalan menteri kesihatan berkata, “tidak cukup bukti” untuk menyokong manfaat dos penggalak kedua vaksin MRNA Pfizer, iaitu dos keempat yang diberikan dan satu-satunya yang diluluskan oleh Putrajaya.

Beliau berkata, kerajaan terdahulu hanya bergantung kepada Pfizer sebagai dos penggalak kedua, walaupun tidak wujud data yang boleh dipercayai. Sementara itu, data dari China menunjukkan bahawa keberkesanan akhir vaksin bukan MRNA serupa dengan vaksin MRNA Pfizer, tambahnya.

“Kerajaan boleh mengelak daripada memesan lebih banyak vaksin Pfizer dengan membenarkan vaksin Sinovac sebagai penggalak, terutamanya bagi mereka yang telah menerima dua dos awal Sinovac.

“Khairy perlu menjelaskan mengapa beliau memutuskan untuk membeli dos tambahan vaksin Pfizer,” kata bekas Ahli Parlimen Gopeng itu kepada FMT.



Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai pengurusan Covid-19 negara, yang dikeluarkan bulan lepas, mendedahkan bahawa 8.5 juta dos vaksin tamat tempoh menelan belanja sebanyak RM505 juta.

Menurut laporan PAC, pihak berkuasa menyalahkan permintaan yang lemah terhadap vaksin penggalak disebabkan tiadanya mandat vaksin, dan ketakutan terhadap kesan sampingan akibat maklumat salah.

Pembaziran juga dikatakan berlaku disebabkan kelewatan Malaysia menerima vaksin berikutan permintaan global yang tinggi.

Sementara itu, Charles Santiago daripada DAP memuji langkah Khairy mengaku pembaziran berlaku bawah seliaannya, tetapi beliau juga perlu menjelaskan “dinamik dan pertimbangan” yang terlibat dalam keputusan untuk memesan lebih banyak vaksin semasa krisis.



“Adakah orang tengah terlibat? Jika ya, berapa komisennya? Apakah logik di sebalik memesan vaksin tambahan?” soalnya.

“(Khairy) mesti menunjukkan bahawa perbincangan diadakan dan keputusan untuk memesan vaksin tambahan tidak dibuat sewenang-wenangnya.”

Bekas Ahli Parlimen Klang itu berkata, kebanyakan kerajaan berbelanja lebih daripada yang diperlukan pada masa itu kerana tiada siapa tahu betapa seriusnya wabak itu.

Bagaimanapun, tambahnya, semua minit mesyuarat harus didedahkan kepada umum untuk manfaat pembayar cukai dan mereka yang meneliti pembelian ini, katanya.



Santiago seterusnya berkata, insiden pembaziran vaksin mengukuhkan keperluan mendesak negara untuk mempunyai sistem sokongan yang mencukupi, seperti pusat pengeluaran vaksin, dan pelan tindak balas terhadap kecemasan sebegitu. FMT

Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker