Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG

Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG

Tinjauan peserta pada Sidang Kemuncak Cukai dan Perniagaan KPMG mendedahkan, lebih separuh perwakilan menyatakan pandangan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula, berbanding cadangan menaikkan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada 8.0 peratus.

Ketua Percukaian KPMG Malaysia, Soh Lian Seng, berkata sentimen itu menggariskan cabaran yang dihadapi penggubal dasar ketika kerajaan berusaha mencapai keseimbangan antara pembaharuan cukai dan langkah meningkatkan kewangan negara serta memperkenalkan inisiatif menyokong kesejahteraan rakyat.



“Saya menggalakkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menerima pendapat umum yang memainkan peranan penting dalam membentuk cadangan untuk Belanjawan 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Merujuk kepada pembaharuan cukai yang perlu diperkenalkan Malaysia, majoriti (69 peratus) peserta forum percukaian memilih supaya kerajaan mengukuhkan pematuhan dan tadbir urus cukai yang mana akan menggalakkan kutipan hasil yang lebih baik, penggunaan wang pembayar cukai yang cekap, seterusnya menangani ekonomi bayangan.

Ini diikuti dengan memanfaatkan dasar cukai melalui langkah memudahkan pentadbiran cukai dan mempromosikan lebih banyak dasar cukai dipacu elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), untuk menarik pelaburan domestik dan asing ke dalam negara (45 peratus responden).

Sejumlah 29 peratus menyatakan hasrat untuk bergerak ke arah pematuhan syarikat selaras dengan konsep seperti kesedaran, pendidikan dan perkhidmatan (AES), Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP) dan Rangka Kerja Tadbir Urus Korporat Cukai (TCGF).



Forum percukaian anjuran KPMG turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi.

Lebih 600 delegasi menghadiri forum di Sidang Kemuncak Cukai dan Perniagaan KPMG, yang membincangkan pelbagai isu perniagaan menerusi pertukaran pandangan antara profesional perniagaan serta pembuat dasar.

Pelaksanaan e-invois menjelang 1 Ogos tahun depan dan potensi manfaatnya turut dibincangkan dalam dialog terbabit.

Merumuskan perkara itu, Lian Seng berkata, menjadi konsensus kedua-dua penggubal dasar dan pembayar cukai, e-invois berkesan dalam menangani ekonomi bayangan dan menghalang kebocoran hasil, sekali gus meningkatkan lagi kutipan cukai.



“Garis masa yang dicadangkan adalah realistik, dan ini dibuktikan dengan kajian yang meluas ke tujuh bidang kuasa yang berbeza,” katanya.

Turut dialu-alukan pada forum itu ialah pelaksanaan Cukai Minimum Global (GMT), di mana 66 peratus perwakilan bersetuju dengan perlaksanaan menjelang 2025.

“Ini menunjukkan bahawa jangka masa yang dicadangkan telah menyediakan masa yang sangat diperlukan untuk skop syarikat multinasional (MNE) untuk membuat persediaan yang diperlukan.

“Semasa forum ini, didedahkan bahawa MOF berhasrat untuk membabitkan MNE dalam tahun hadapan untuk membincangkan sokongan kerajaan dan mengoptimumkan sistem insentif cukai melalui pendekatan berasaskan hasil untuk menarik dan mengekalkan pelabur di Malaysia.



“Strategi ini memanfaatkan asas teguh negara, merangkumi infrastruktur, tenaga kerja berbakat dan persekitaran mesra perniagaan, sambil menawarkan peningkatan fleksibiliti untuk insentif cukai dan sejajar dengan perkembangan antarabangsa,” katanya. BH

Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker