Anwar akan bertemu tokoh perniagaan AS di sisi sidang kemuncak Apec

Anwar akan bertemu tokoh perniagaan AS di sisi sidang kemuncak Apec

Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan terkemuka Amerika Syarikat di sisi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-30 yang akan datang di AS.

Fokus mesyuarat itu adalah untuk memuktamadkan pelaburan bernilai tinggi, menurut Pejabat Perdana Menteri.



“(Ini) akan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi di Malaysia, selaras dengan keutamaan kerajaan seperti yang digariskan dalam Rangka Kerja Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar akan berada di San Francisco, California, bagi mengetuai delegasi Malaysia di Apec mulai esok hingga 17 Nov.

Selain Malaysia dan AS, forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 itu turut dianggotai Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam.

Minggu lepas, Anwar berkata, beliau akan menghadiri Apec walaupun timbul desakan agar Malaysia memboikot sidang kemuncak itu disebabkan situasi yang berlaku di Gaza.



Anwar turut dijadualkan mengambil bahagian dalam pelbagai acara, termasuk mesyuarat dua hala dengan pemimpin Apec dan pemeteraian perjanjian kerjasama keselamatan siber antara BlackBerry dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau juga dijangka menyampaikan syarahan umum di University of California, Berkeley, menyentuh isu geopolitik, demokrasi, kebebasan berperlembagaan, dan Islamofobia. FMT

Anwar akan bertemu tokoh perniagaan AS di sisi sidang kemuncak Apec

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker