Bakar mercun dari kereta, polis tahan pelaku [VIDEO]

Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki membakar mercun dari kereta bergerak seperti yang dirakam dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tindakan itu dilihat dalam klip video berdurasi 14 saat terbabit, sekali gus dilihat mengundang bahaya kepada orang ramai.

Ketua Polis Sentul , Sukarno Mohd Zahari, berkata kira-kira 8.30 malam semalam, pihaknya mengesan sebaran klip video kejadian tersebut, yang dipercayai berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur.



“Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 31 tahun, serta merampas sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang didapati tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau akan direman di IPD Sentul bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul menerusi talian 03-40482206.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker