Fatiya Latiff provok Zahirah MacWilson lagi?

Fatiya Latiff provok Zahirah MacWilson lagi?

MASIH belum serik, pelakon Fatiya Latiff sekali lagi mencetuskan provokasi dengan memuat naik video berbaur perlian terhadap Zahirah MacWilson.

Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, membuat reaksi muka kurang senang dengan gelagat Zahirah yang beraksi ala-ala penyanyi antarabangsa, Shakira dan bertutur dalam bahasa Inggeris dalam video tersebut.



“Saya ingatkan dia Amyza Aznan,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Tidak cukup dengan itu, dia yang popular menerusi drama Ariana Rose turut melakonkan semula watak Zahirah dengan menyarung jaket hampir serupa selain masih membanding dirinya dan menggelar pelakon tersebut sebagai bibik.

“Royalty (berdarah raja) vs bibik (pembantu rumah).

“Pergi ke kelas tarian dan makan lembu. Lupa pula kena jaga anak di rumah,” katanya lagi.



Fatiya bagaimanapun masih menutup ruangan komen Instagramnya sehingga hari ini.

Bukan kali pertama, Fatiya juga sebelum ini pernag mengejutkan industri seni tempatan apabila secara sengaja menggelar dan menyamakan wajah Zahirah seperti bibik.

Dia juga mendakwa Zahirah melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga bekas kekasihnya masih mencintainya sehingga hari ini.



Dihujani dengan pelbagai dakwaan, dia bagaimanapun menegaskan tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan kesihatan mental atau mengambil barang terlarang sebaliknya memberitahu hanya mengalami sedikit stres. HB

Fatiya Latiff provok Zahirah MacWilson lagi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker