MP Labuan akan bertanding dalam parti lain dalam PRU akan datang

Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman tidak menyesal kerana masih mempertahankan kerusi parlimennya walaupun telah digantung selama enam tahun daripada Bersatu.

Suhaili berkata sokongannya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dalam masa sama masih kekal bersama Bersatu, bukan menandakan karier politiknya telah tamat.

“Pada pilihan raya umum akan datang, saya boleh bertanding di bawah mana-mana logo, dan insya-Allah, saya akan menang kerana saya telah melakukan ini demi kepentingan rakyat,” katanya dipetik akhbar The Star.



Suhaili juga dilaporkan mendakwa “sokongan lebih kuat” diterimanya di Labuan selepas dia menjelaskan kepada anggota Bersatu bahawa dia akan kekal bersama parti itu sebelum keputusan penggantungan dibuat.

“Adakah saya rasa bersalah? Kenapa perlu rasa bersalah? Saya tidak khianat parti kerana saya masih setia kepada parti.

“Saya tidak tinggalkan kapal. Tapi kapal itulah yang tinggalkan saya apabila pimpinan membuat keputusan untuk membuang saya, menggantung saya selama enam tahun. Jadi, yang mana satu?” katanya.

Berikutan layanan yang diberikan kepimpinan Bersatu, Suhaili berkata adalah mustahil dia akan bertemu mereka.



Buat perkara betul

Suhaili juga menegaskan dia melakukan perkara yang betul apabila pengundi di kawasannya kini akan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta selain peruntukan lain yang akan disalurkan dengan garis panduan yang ketat.

“Saya hanya melakukan perkara yang betul. Saya telah menyemak dengan pengundi saya beberapa bulan sebelum saya membuat pengumuman ini.

“Saya beritahu mereka apabila tamat tempoh 12 bulan daripada tarikh saya dipilih dan jika saya masih belum menerima peruntukan, saya akan menyokong kerajaan demi peruntukan itu.



“Saya tidak boleh terus memberi alasan tidak mempunyai peruntukan kerana saya dalam pembangkang. Pada tahun pertama, kita boleh beritahu mereka, ‘Jangan risau, tahun depan, kita mungkin dalam kerajaan. Sila tunggu.’

“Tetapi selepas satu tahun, adakah saya akan mengulangi cerita yang sama?” katanya.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, minggu lalu berkata parti itu akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah dan ugutan susulan tindakan empat ahli parlimennya menyokong kerajaan

Bagaimanapun Suhaili menolak dakwaan bahawa peruntukn yang diterimanya sebagai balasan menyokong Anwar merupakan satu bentuk rasuah.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker