Ramasamy kritik tindakan Kerajaan Perpaduan terima sokongan MP PN

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy mempersoalkan kebijaksanaan kerajaan perpaduan menerima sokongan empat Ahli Parlimen Bersatu.

Ramasamy berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaannya sepatutnya lebih tahu berikutan latar belakang reformis yang dimiliki mereka.

“Bukankah (ada) cara lain yang baik untuk mengukuhkan kerajaan yang sedia tertekan dengan kelemahan ekonomi, kejatuhan ringgit berbanding mata wang AS, kekurangan makanan dan lain-lain?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



“Kerajaan yang tidak menangani kebimbangan domestik rakyat dengan atau tanpa sokongan majoriti adalah kerajaan yang goyah dari segi politik.”

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, empat Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam usaha mendapatkan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Mereka ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Susulan tindakan itu, Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing digantung keahlian selama empat dan enam tahun selepas Lembaga Disiplin Bersatu memutuskan bahawa mereka telah melanggar perlembagaan parti.



Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dilaporkan berkata lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang dijangka mengisytiharkan sokongan mereka kepada Anwar.

Ramasamy berkata kerajaan mempunyai kewajipan moral untuk menolak kemungkinan “pembelotan” masa depan.

Menerima sokongan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bukanlah petanda baik untuk jangka hayat kerajaan Madani, katanya, sambil menambah bahawa langkah itu “sudah mencemarkan imej kerajaan”.

Beliau juga berkata ia “melemahkan undang-undang anti-lompat parti” dan telah menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan Anwar dan agenda reformasinya.



Undang-undang anti-lompat parti hanya tercetus apabila seorang Ahli Parlimen keluar parti mereka untuk menyertai yang lain.

“Mungkin episod sebegitu akhirnya telah mengagalkan agenda reformasi kerajaan Madani Anwar,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker