Gantirugi RM600 ribu, pengajaran buat ‘kaki buli’, pengurusan sekolah dan KPM

KUALA TERENGGANU: Bapa kepada mangsa buli di sebuah sekolah di negeri ini lapan tahun lalu, berharap hukuman ganti rugi lebih RM600,000 ke atas pembuli anaknya dapat menjadi pengajaran.

Dikenali sebagai Fauzi, 52, dia dan isterinya mengambil keputusan memfailkan saman RM2 juta ke atas lima pelajar dan empat responden lain pada April 2017 kerana tidak tahan melihat kesengsaraan anaknya akibat kejadian dua tahun sebelum itu.

Selain pendengaran terjejas kerana gegendang telinga pecah, kehidupan anaknya berubah daripada seorang yang ceria serta aktif bermain bola kepada kepada pendiam dan sering kemurungan.



“Kita buat (saman) supaya perkara ini (kegiatan buli) berhenti dan selamatkan murid lain, sekurangnya-kurangnya ada langkah baharu di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) untuk hentikannya,” katanya.

Pada 17 Okt lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan memberikan ganti rugi lebih RM600,000 kepada anak remaja Fauzi.

Pada 29 Sep 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintah semua responden iaitu lima pelajar senior, pengetua dan penolong kanan sekolah, ketua pengarah pendidikan, dan kerajaan membayar tuntutan RM616,634.20 kepada remaja berkenaan.

Hakim Zainal Azman Ab Aziz beritahu wujud unsur kecuaian sekolah dan kejadian itu seperti dirancang kerana berlaku di bilik asrama ketua pengawas.



Menurut Fauzi, bukan mudah memulihkan emosi anaknya yang tidak stabil, keluarganya membawa remaja itu menjalani perubatan Islam serta bertemu doktor psikiatri.

Beliau bersyukur anaknya tidak bertindak di luar jangkaan sebaliknya memilih pendekatan keagamaan bagi menghilangkan kemurungan.

“Puasa sunat setiap Isnin dan Khamis membantu jiwanya lebih tenang.

“Bab keagamaan dia bagus jadi boleh isi ruang ‘kosong’. Kita takut kalau tak kuat dalaman hal lain pula terjadi,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker