Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Lagu berjudul Cek Mek Molek nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau yang dibawakan oleh Aliff Aziz dalam Gegar Vaganza All Stars malam ini merupakan nyanyian paling lengkap.

Ia diakui sendiri oleh ketua juri dan juga komposer, Datuk Ramli MS ketika memberikan komen beliau selepas persembahan dilakukan penyanyi yang berasal dari Singapura itu.



“Lagu ini susah, kita nak lihat macamana gayanya jika penyanyi yang hensem untuk melontarkan lirik ‘Oooohoiii’ itu. Ternyata kamu boleh sampaikan nyanyian lagu ini.

“Ternyata kamu (Aliff Aziz) boleh menyanyikan lagu ‘leman’ (leleh), dia dengan sendiri dari hati, ini dikatakan kelebihan yang tuhan bagi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di laman sosial X juga menyaksikan orang ramai turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ramli MS dan menyifatkan Aliff mempunyai kelebihan menyanyikan lagu-lagu leleh.

“Betul lah… Muka kacak macam ni kita tunggu sahaja nak dengar lirik lagu Cek Mek Molek ni keluar, mula-mala macam tak yakin tapi lain pula jadinya lepas Aliff nyanyi.



“Hebat la Aliff,” kata Nasrullah Omar.

“Ini yang kita mahu, rupanya Aliff ni kelebihan dia pada lagu-lagu seperti ini. Ya bagi aku ini persembahan Aliff paling memukau,” kata Rozziwe. K Online

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker