Polis buru lelaki ragut rantai leher emas suri rumah [VIDEO]

Polis sedang memburu seorang lelaki yang meragut rantai leher emas seorang wanita di tepi jalan berhampiran pusat beli belah Metro Point, Kajang, seperti dalam rakaman video yang tular, semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 10.23 pagi ketika mangsa, seorang suri rumah berusia 58 tahun sedang memasukkan barangan ke dalam kereta yang diparkir di tepi jalan.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata mangsa didatangi sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki sebelum meragut rantai leher dipakai mangsa.

Katanya, ketika meragut rantai leher mangsa, suspek yang menunggang Yamaha 135LC terjatuh, namun sempat bangun dan melarikan diri dengan motosikal.

“Orang awam yang melihat kejadian cuba membantu mengejar suspek namun gagal. Mangsa kemudian membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada jam 11.40 pagi.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.



Katanya, satu rakaman video berdurasi 57 saat berkaitan kejadian itu dari rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang kebetulan berada di lokasi, dikesan tular di media sosial.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

“Pada masa sama, kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmad Adnan di talian 014-5156933.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker