Anwar selesai mengerjakan umrah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengerjakan ibadah umrah hari ini, selepas Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), berakhir, sebelum beliau berangkat ke Amerika Syarikat.

Ia turut disertai oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama delegasi Malaysia yang lain.

“Saya titipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin.



“Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tentangan dan kezaliman,” tulisnya dalam media sosialnya, sebentar tadi.

Semalam, Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan rejim Israel ke atas Palestin khususnya Gaza.

Pemimpin dan delegasi daripada negara anggota OIC berkumpul pada sidang kemuncak itu yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker