Renggo Arrow dalam keadaan tenat

Renggo Arrow dalam keadaan tenat

Vokalis kumpulan Arrow, Renggo, 54, mengalami masalah jantung bengkak dan kerap keluar masuk hospital sejak dua tahun lalu.

Renggo atau nama sebenarnya, Mohd Zain Ramli berkata, kesihatannya kini tidak stabil.



“Kesihatan tidak stabil disebabkan masalah jantung bengkak, namun saya cuba bertahan sebab tidak mahu keluar masuk hospital.

“Lagipun, ini bulan raya, mungkin saya masuk hospital selepas ini. Saya mahu berehat, nak taip lama-lama pun tak larat,” katanya.

Sementara itu, isteri keduanya, Roshila Mohd mendakwa, jantung suaminya kurang sihat selepas mengambil dos kedua vaksin COVID-19, kira-kira dua tahun lalu.

Jantung Renggo didakwa kurang sihat selepas mengambil dos kedua vaksin COVID-19, kira-kira dua tahun lalu.
Jantung Renggo didakwa kurang sihat selepas mengambil dos kedua vaksin COVID-19, kira-kira dua tahun lalu.
Kata Roshila, 40, Renggo yang pernah menyertai program Kilauan Emas 4 pada 2014 itu kerap keluar masuk hospital selepas mengambil vaksin tersebut.



“Ya, suami mempunyai masalah jantung bengkak. Keadaannya sekarang boleh dikatakan agak teruk sebab tidak boleh lasak dan pergerakannya terhad.

“Sebelum Aidilfitri dimasukkan ke Hospital Taiping, Perak selama hampir seminggu, tetapi itu bukan kali pertama. Sudah banyak kali suami keluar masuk hospital.

“Suami mengalami masalah jantung sejak dua tahun lalu selepas mengambil vaksin dos kedua. Tahun ini sudah dua kali dimasukkan ke hospital,” katanya.

Justeru, Roshila berkata, pihaknya sedang menunggu rawatan lanjut dari Hospital Taiping.



“Jantungnya kena masuk kamera dan kemudiannya, baru doktor boleh membuat cadangan rawatan seterusnya. Temujanji nak jumpa pakar pada Ogos depan.

“Jadi, saya mohon orang ramai tolong doakan semuanya dipermudahkan dan Renggo cepat sembuh, insya-Allah,” katanya.

Kata Roshila, Renggo masih aktif menyanyi sehingga hari ini memandangkan pendapatan suami masih lagi bergantung pada aktiviti nyanyian. BH

Renggo Arrow dalam keadaan tenat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker