Jelutong pun akan duduk – Apek Cina

Sebaran :

Jelutong pun akan duduk – Apek Cina

Personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan Apek Cina, menyatakan sokongan terhadap pencalonan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai berkata, dengan ‘wajah yang menakutkan’, ahli Parlimen pasti akan akur dengan arahan Ramli semasa mengendalikan sidang Parlimen.

“Perkasakan Bumiputera Orang Asli
Sokong YB Tuan Ramli Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highland sebagai Timbalan Speaker!

“Sebagai pesara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dengan pangkat ACP, dengan misai beliau yang begitu segak dan wajah yang menakutkan, bila YB jerit “ Duduk YB ! “ , Jelutong pun akan duduk,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Menerusi hantaran itu, Apek Cina turut berkongsi fotonya bersama Ramli.

Terdahulu, Ramli dicalonkan oleh UMNO sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, keputusan itu dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ini menjadi sejarah sebagai Orang Asli yang pertama dicalon. Utusan

Jelutong pun akan duduk – Apek Cina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply