Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)

Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)

Bahasa menunjukkan bangsa, antara medium yang menjadi intipati utama ke arah keharmonian dan penyatuan konsep Keluarga Malaysia.

Dari jiran berbangsa China yang berbahasa Tamil dengan jiran Melayunya, hingga kepada makcik yang sanggup belajar bahasa Kantonis dan Tamil semata-mata untuk bersembang dengan jirannya, semua nilai komuniti ini pernah dikongsi secara meluas di media sosial.



Menariknya ia tidak terhenti di situ. Seperti perkongsian yang dimuat naik @ivy_neoh di TikTok, seorang pakcik dilihat menyanyikan sebuah lagu Kantonis untuk menghiburkan seorang datuk berbangsa Cina yang menginap di wad yang sama dengannya.

“Bangga melihat insan berbeza bangsa serasi bersama. Terima kasih pakcik kerana menghiburkan bapa saya yang uzur dengan lagu Kantonis hebat ini,” kongsi Ivy Neoh ringkas.

Memetik World of Buzz yang menghubungi Jensen, cucu lelaki Cina tersebut, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah pada 5 Oktober lalu untuk membuang ketumbuhan di kolonnya.

Menurut Jensen, datuknya diletakkan secara rawak di wad bersama teman sebilik yang tidak dikenali.



“Datuk tidak mengenalinya, dan mereka mula berbual. Dengan tiba-tiba pakcik itu menyanyikan lagu Kantonis untuk menghiburkan datuk saya.”

“Itu menunjukkan yang dia juga boleh berbahasa Kantonis dengan baik,” kata Jensen menjelaskan mengenai lelaki Melayu itu.

Jelas Jensen, datuknya terkejut besar dan seronok kerana tidak menyangka seorang yang bukan Cina mampu bercakap dan menyanyi dalam dialek Cina dengan baik.

Tidak hairanlah video tersebut tular dengan lebih 190,000 tontonan dan 22,000 tanda suka.



Ruang komen juga tidak henti-henti dibanjiri maklum balas positif warganet. Berikut antara perkongsian warganet di ruang komen.

“Suara dia pon sedap,” kata seorang pembaca.

“One Malaysia nampak keharmonian di situ, sebarkan gelombang positif & kasih sayang,” ujar seorang lagi.

“Moga lekas sembuh uncle, sebarkan rasa cinta antara kita dan kita akan bahagia hidup bersama,” kongsi seorang netizen.
FMT



Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker