Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera

Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera

Aplikasi MySejahtera kini menawarkan fungsi baharu apabila orang ramai boleh mencetak sijil digital vaksinasi menggunakan Format Dokumen Mudah Alih (PDF).

Menerusi ciapan di laman Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, selain membolehkan sijil digital vaksinasi dicetak, fungsi aplikasi itu turut ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.



“Kemaskini terbaru di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF,” ciapnya tadi.

Ciapan itu dibuat sebagai membalas hantaran seorang pengguna Twitter @khairycordoba yang menjelaskan sijil digital boleh disimpan menerusi format PDF.

“AKhirnya MySejahtera boleh ‘export’ sijil digital dalam PDF, senang sikit urusan rentas negeri dan negara nanti,” katanya.

Sementara itu, orang ramai menyambut baik dan berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan menyifatkan kemaskini baharu itu memudahkan rakyat.



“Alhamdulillah, MySejahtera semakin hari semakin efisien, mungkin boleh wujudkan cara untuk memohon bantuan makanan bagi mereka yang dikuarantin di rumah,” cadang @LLIFadli.

“Laju betul Khairy buat kerja, terpaling ‘perform’ setakat ini,” kata @junmzn.

Bagaimanapun, difahamkan ciri terbaru itu masih tidak dapat diakses oleh segelintir rakyat khususnya bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit jenis android. K Online

Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker