Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap

Sebaran :

Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap

Tak tahu nak makan apa petang-petang? Apa kata cuba resepi ubi kayu croquettes yang dikongsi oleh Hotel Capri by Fraser yang sedap ini.

BAHAN:

500 gm ubi kayu
100 ml madu
200 gm serbuk roti kering
1 liter minyak

BAHAN INTI:

1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

CARA:

1.Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
2.Kemudian masak di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
3.Ubi kayu direbus hingga lembut dan ditumbuk lumat.
4.Uli dan isikan inti di tengahnya.
5.Setelah itu golekkan di atas serbuk roti.
6.Goreng dan cicah dengan madu.

Resepi oleh Capri By Fraser Kuala Lumpur

Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika


Sebaran :

Leave a Reply