Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV

Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV

Seorang lelaki memakai pakaian seragam tentera bertindak melampau mencabul seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang, dengan menjilat tangan wanita berkenaan, semalam.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape, sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata selepas itu, suspek masuk semula ke dalam kedai dan memberitahu ‘pod’ vape dibelinya tidak berfungsi.

Farouk berkata, mangsa kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baharu.

“Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan serta turut menjilat tangan mangsa.

“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Farouk berkata, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Menurutnya, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran. FMT

Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker