Kes suami Zeti apa jadi bila mahu didakwa?

PETALING JAYA: Hasil siasatan berkaitan dana 1MDB membabitkan suami bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz, Dr Tawfiq Aiman, sepatutnya diumumkan perkembangan selepas disiasat polis sejak April lalu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi.

April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Zainuddin Yaacob, berkata siasatan membabitkan suami Zeti itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)9a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

FMT sebelum ini melaporkan, polis Singapura berkongsi maklumat dengan Bank Negara (BNM) mengenai transaksi mencurigakan akaun bank milik syarikat suami dan anak Zeti, melibatkan wang daripada syarikat atau akaun bank dikaitkan dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, pada 2015 dan 2016.

Puad berkata, pihak berkuasa tidak sepatutnya “mengecualikan” pihak yang terbabit, selepas mengambil kira ramai pihak disiasat berkaitan dana 1MDB.

“Kenapa mengambil masa yang lama? Najib Razak begitu pantas sekali untuk didakwa. Lagi pun kes yang melibatkan suami Zeti ini amat ‘straight forward’.

“Ini kerana suami Zeti, dan dua anaknya telah membuat akuan berkanun (SD). Mereka mengaku wang 1MDB masuk ke akaun Cutting Edge Industries milik mereka di Singapura,” katanya kepada FMT.

Puad turut mendakwa berlaku “pendakwaan terpilih” ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, termasuk melindungi mereka yang dianggap sebagai kroninya.

“Polis Singapura pula telah memaklumkan BNM mengenai transaksi yang mencurigakan itu pada 2015 dan 2016. Ketika itu Gabenor Bank Negara ialah Zeti.

“Amat mendukacitakan maklumat mengenai suami Zeti dan dua anaknya menerima dana daripada Jho Low hanya terdedah bila SD mereka bertiga bocor pada 2019,” katanya.

Beliau berkata, rakyat seolah-olah dipermainkan kerana Zeti bukan saja dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), malah sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kes suami Zeti apa jadi bila mahu didakwa?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak akan menyorok dalam terowong dasar laut – Ka Siong

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker