Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati



Sebaran :

Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati

Seorang taikun hartanah yang terkenal dengan projek pembangunan utama di Pulau Pinang telah ditemukan mati.

Ahli perniagaan berusia 53 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari unit kondominiumnya di Pulau Tikus, George Town.

Ketua Polis Daerah George Town, Soffian Santong dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star sebagai mengesahkan kejadian itu.



Katanya, polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian berkenaan.

Projek ahli perniagaan itu pertama kali dibangkitkan semasa perbicaraan terowong bawah laut bekas ketua menteri Pulau Pinang ,Lim Guan Eng pada bulan Julai lalu.

Semasa perbicaraan, pihak pembelaan membantah usaha peguam pendakwaan yang menimbulkan projek tersebut, dengan alasan ia tidak relevan dengan pertuduhan terhadap Lim.

Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :


Leave a Reply