Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori

Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori

STOCKHOLM, SWEDEN – Kartunis Sweden, Lars Vilks yang pernah mencetuskan kontroversi kerana melukis karikatur Nabi Muhammad dilaporkan maut dalam satu nahas jalan raya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Vilks, 75, ketika kejadian dikatakan sedang menaiki sebuah kenderaan polis sebelum bertembung dengan sebuah lori berhampiran bandar Markaryd di bahagian selatan Sweden.

Dua anggota polis turut dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu selain pemandu lori cedera.

Polis masih belum mendedahkan identiti mangsa-mangsa lain yang terlibat namun, pasangan Vilks mengesahkan kematiannya menerusi akhbar Dagens Nyheter.

Menurut kenyataan polis, setakat ini masih belum dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Siasatan awal bagaimanapun mendapati ia tidak melibatkan pihak lain.

Vilks selama ini hidup di bawah perlindungan polis selepas sering menerima ugutan bunuh akibat karikatur yang dihasilkannya.

Karikatur yang diterbitkan pada tahun 2007 itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Ia turut menyebabkan bekas Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt terpaksa menemui duta dari 22 buah negara Islam sebagai usaha untuk meredakan keadaan. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker