Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Sebaran :

Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Sebelum ini, penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias telah berkongsi keadaannya yang kurang baik dan menggunakan tongkat. Hal tersebut meraih perhatian ramai.

Terbaharu, Ustaz Kazim mendedahkan dirinya telah disihir dan bercerita bagaimana ia boleh terjadi menerusi siaran live di media sosial. Menerusi sesi live itu, beliau mendakwa telah jumpa sebuah kotak berisi abu dan gambarnya yang telah dibakar dijumpai di laluan khas tempatnya mengajar.

Selepas itu, kakinya mula membengkak dan perkara tersebut membuatkannya sukar untuk berjalan. Malah, Ustaz Kazim memberitahu yang dia telah menerima pelbagai jenis rawatan termasuklah dari segi perawatan Islam.

Lantaran itu, Ustaz Kazim menganggap perkara yang menimpanya ini merupakan ujian dari Allah dan beliau juga tidak tahu siapa yang sanggup berbuat begitu kepadanya. Pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Kazim membuatkan rata-rata netizen terkejut dan pada masa yang sama turut mendoakan supaya beliau kembali sembuh seperti sedia kala. Vc

Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera


Sebaran :

Leave a Reply