Ini bukti beras tempatan dikhianati kartel – Dr Akmal

Ini bukti beras tempatan dikhianati kartel – Dr Akmal

MELAKA – Sikap tamak kartel beras di negara ini ‘merompak’ subsidi dari kerajaan menjadi punca kekurangan beras putih tempatan sehingga menyukarkan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia dilakukan dengan cara menjualnya sebagai pada harga beras hancur yang tidak dikawal sedangkan ia adalah beras tempatan yang sudah mendapat subsidi kerajaan.

“Disebabkan beras hancur boleh dijual dengan bukan harga kawalan, maka kartel-kartel beras ini telah menjual beras standard (tempatan) dengan harga beras hancur.

“Jika harga beras tempatan ditetapkan pada RM2.60 per kilogram (kg) tetapi kartel ini telah menjual dengan harga RM3.40/kg apabila menukarkan bil jualan mengikut harga beras hancur dan inilah antara pengkhianat yang menekan rakyat di bawah ini,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata demikian sambil perkongsian bukti pendedahannya itu melalui Facebook (FB) rasminya di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan telah memberi pelbagai subsidi untuk memastikan beras tempatan ini dijual dengan harga yang rendah, tetapi kumpulan itu telah mengkhianati rakyat di negara ini.

“Apakah solusinya? Penguatkuasaan yang ketat dan secara total perlu dilakukan! Lembaga padi & beras perlu diwujudkan semula.
“Jangan ingat kilang di luar melaka kita xda maklumat yer, nasib baik kilang ini di luar Melaka, jika dalam Melaka memang siaplah kena sita dan ini baru satu (kita) ada banyak lagi pendedahan akan dilakukan”, katanya.

“Selagi mana ia adalah hak rakyat, selagi itu kita akan pertahankan dan lawan,” katanya sambil mencadangan supaya kerajaan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara untuk mengatasi masalah itu. MG

Ini bukti beras tempatan dikhianati kartel – Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker