HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar

HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar

Memang dari dulu lagi, perancangan kerajaan BN dahulu ialah lanjutkan HSR Kuala Lumpur-Singapura ke negara Thailand dan seterusnya disambung ke negara China dan dunia.

Sebab itu, saya sudah dapat kelulusan awal dari PM Thailand pada tahun 2016.



Tapi perancangan kita ialah mulakan dengan bahagian yang paling diperlukan dan paling tinggi peluang untuk memberi pulangan yang besar iaitu dari Kuala Lumpur ke Singapura sebab sektor ini adalah antara sektor paling sibuk dengan permintaan paling tinggi dalam dunia bagi industri penerbangan.
“Singapore-KL route named world’s busiest international air link for 2nd year”
https://www.straitstimes.com/singapore/transport/singapore-kl-route-named-worlds-busiest-international-air-link-for-2nd-year

Selepas HSR KL-Singapura berjaya dan siap, barulah kita lanjutkan ke Bangkok.

Tapi kerajaan PM8 pula batalkan projek itu untuk digantikan dengan HSR Kuala Lumpur-Johor yang permintaannya jauh lebih rendah.

Seperti dalam posting-posting saya pada bulan Januari tahun ini, saya telah diberi maklumat bahawa kerajaan PM8 membatalkan projek asal HSR sebab mereka tak setuju bahawa projek itu dianugerah secara open tender antarabangsa yang dipantau bersama dengan negara Singapura supaya kita dapat “best in class”.



Ini ialah kerana sudah ada kertas cadangan untuk memberikan projek tersebut kepada syarikat yang memiliki dan mengurus keretapi KLIA Ekspress dari KLIA ke KL Sentral supaya teknologi yang sama akan dilanjut ke Johor Baharu – iaitu syarikat YTL.

Dalam kertas cadangan kerajaan PM8 juga, subsidi melebihi RM10 bilion juga dirancang untuk diberi bagi membiayai projek baharu HSR Kuala Lumpur-Johor Baharu untuk menampung kerugian sebab jumlah penumpang serta harga tiket diunjur jauh lebih rendah berbanding HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Eh.. bukan semua projek besar perlu diberi kepada syarikat tertentu itu sahaja.



“Maszlee Malik mendakwa Muhyiddin Yassin mendesak Dr Mahathir Mohamad memintanya meletak jawatan sebagai menteri pendidikan kerana isu kontrak membabitkan YTL Communications Sdn Bhd..

Dalam mesyuarat terakhir bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini…”

“Maszlee menambah, beliau diberitahu pada setiap pertemuan bagaimana Muhyiddin mengusahakan “kontrak mega” dan mendesak Mahathir memintanya memanjangkan kontrak berdasarkan kehendak YTL, bukannya mengikut keputusan yang dibuatnya sendiri.”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/06/muhyiddin-sangat-marah-desak-peletakan-jawatan-saya-kerana-kontrak-ytl-kata-maszlee/

Sebenarnya niat kerajaan PM8 untuk beri projek itu kepada syarikat tersebut dengan menggunakan keretapi yang jauh lagi perlahan dari HSR sebenar ini juga telah didedah oleh Menteri Singapura masa dia menjelaskan dalam parlimen Singapura kenapa kerajaan Malaysia sanggup membayar pampasan RM310 juta kepada Singapura untuk membatalkan projek HSR asal.



“The republic’s Transport Minister Ong Ye Kung said Singapore did not agree to the proposal to have the HSR connect to KLIA, saying it would mean the line sharing the Express Rail Link (ERL), which shuttles from cities to the airport in Sepang.

Ong said the ERL was slower than HSR and as such “there would have been many technical issues to resolve”.”
“Jan 2021: M’sia Wanted To Link High-Speed Rail To KLIA, Would Mean Sharing Tracks With Slower Line”

M’sia Wanted To Link High-Speed Rail To KLIA, Would Mean Sharing Tracks With Slower Line



Itulah.

Sebab itu, saya saran rancangan asal HSR Kuala Lumpur ke Singapura untuk dikekalkan supaya subsidi berpuluh bilion tidak perlu lagi diberi, supaya kos perjalanan antara Singapura dan KL lebih murah berbanding menaiki kapal terbang (disamping mengurangkan pencemaran udara dengan mengurangkan jumlah penerbangan, supaya projek Bandar Malaysia dengan nilai GDV sebanyak RM140 bilion boleh dikekalkan demi pembangunan negara dan negara tidak memiliki High Speed Rail yang akan bertukar menjadi Medium Speed rail dari KLIA ke Johor Baharu.

NAJIB RAZAK


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker