Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj

Sebaran :

Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong secara terbuka mencabar Lim Guan Eng (PH-Bagan) untuk berdebat berhubung isu dasar kabotaj negara.

Cabaran itu dibuat susulan Guan Eng tidak berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh Wee berhubung isu terbabit di Dewan Rakyat.

Wee berkata, beliau mencabar Guan Eng berdebat selama satu jam atas apa-apa isu yang dibawa oleh mereka termasuk isu dasar kabotaj.

“Saya sedia berdebat dengan (Ahli Parlimen) Bagan, dulu (dia) kata saya tak layak jadi presiden MCA.

“Sekarang saya cabar, satu jam kita boleh bincang dalam apa-apa program,” katanya.

Bagaimanapun, Wee tidak menyatakan tarikh dan tempat perdebatan itu akan mengambil tempat.

Guan Eng kemudian menyahut cabaran itu.

“Saya terima cabaran daripada menteri, bila-bila sila tetapkan masa. Saya akan datang,” kata Guan Eng.

Terdahulu, Guan Eng meminta Wee menyatakan status kehilangan pelaburan luar negeri daripada projek Apricot, Facebook dan Google dan anggaran RM12-15 bilion oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ekoran dasar kerajaan Perikatan Nasional yang membatalkan pengecualian kabotaj untuk syarikat teknologi tinggi yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menjawab pertanyaan Lim, Wee berkata, pembatalan pengecualian dasar kabotaj sekarang hanya kepada kerja pembaikan kabel dasar laut dan ia tidak menghalang kemasukan pelaburan asing dalam industri digital.

“Projek Apricot adalah projek pemasangan kabel, baik semasa zaman pemerintahan BN (Barisan Nasional), PH atau kerajaan sekarang. Polisinya tetap sama, iaitu masih tertakluk kepada dasar kabotaj yang diamalkan sejak 1980.

Pembatalan pengecualian dasar kabotaj sekarang hanyalah kepada kerja pembaikan kabel dasar laut ini dan ia tidak menghalang kemasukan pelaburan asing dalam industri digital,” katanya.

Kata Wee, ia dapat dilihat melalui pelaksanaan projek kabel dasar laut baharu seperti MIST Cable System yang menghubungkan Malaysia, Singapura, Myanmar, Thailand dan India serta India-Asia Xpress Cable System. FMT

Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply