Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan yang dilihat tidak telus dalam menyiasat dakwaan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melesapkan barang kes dan wang tunai bernilai AS$6 juta dalam simpanan suruhanjaya tersebut baru-baru ini.

Anwar berkata, jawapan sambil lewa yang disampaikan menteri bertanggungjawab turut mencerminkan bahawa ketelusan pihak berkuasa dalam menyiasat kes itu boleh dipersoalkan rakyat.

“Kalau nak institusi ini di reform (diperbaiki) mesti pastikan pelaksanaan undang-undang pendakwaan badan kehakiman bebas dan telus dan selamatkan negara ini.

“Kita bicara ini soal keselamatan negara, bagaimana kita boleh jamin negara ini selamat kalau kita tidak tahu institusi mana yang boleh dipercayai.

“Kalau terus jawapan menteri sambil lewa dengan berkata kes sedang dalam siasatan dan kita tunggulah dulu, siapa yang siasat.

“Ini berkaitan pelbagai agensi sebab itu ada cadangan untuk dibentuk Suruhanjaya Diraja, saya belum ada pandangan khusus bab ini, kalau jaminan polis dan pihak pendakwaan Bank Negara Malaysia itu betul-betul telus, maka tidak ada keperluan dalam tiap kes,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Bingkas bangun, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata, Anwar dilihat ‘menghina’ kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Port Dickson janganlah menghina kerajaan, bukankah ulama dalam kerajaan. (Mereka) boleh nasihat, ini menghina kerajaan yang disokong oleh ulama, kenapa?,” sinis Mohamad.

Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu disambut hilai tawa kebanyakkan Ahli-ahli Parlimen.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said yang mempengerusikan Dewan Rakyat sesi petang juga sempat berseloroh mengenai kenyataan Mohamad Sabu itu.

“Ahli Parlimen Kota Raja, sudah sign MoU agaknya,” sambil disambut ketawa besar Anwar Ibrahim.

MoU yang disebut Azalina merujuk kepada Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani pada 14 September lalu.

Meneruskan perbahasan, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, perjanjian tersebut tidak membataskan pembangkang untuk mengkritik kerajaan.

“MoU tidak menghalang kita mengkritik (kerajaan).

“Tentunya sebab membaranya Kota Raja ini sebab (cabutan) judi ditambah 22, jadi saya ini membingungkan dan tidak ada suara sunyi sepi, lidah kelu tidak berkata.

“Entah sebab apa saya tidak faham,” katanya merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.

MoU itu antara lain memperincikan enam transformasi utama Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ia ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; dan empat wakil PH iaitu Anwar, Mohamad; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. MG

Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker