Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Polis membuka siasatan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard milik seorang timbalan menteri susulan rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam yang mendakwa dia melanggar peraturan jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Supt Suhaimi Jusoh berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan berkenaan.

“Saya mengesahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menerima satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, rakaman video yang tular itu memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran P45 berkenaan memotong kenderaan di hadapan di garisan berkembar meskipun terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut dari arah bertentangan.

Katanya, kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Marak – Binjai, Kota Bharu.

Terdahulu, difahamkan video tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum ia tersebar secara meluas di media-media sosial.

[videopress m2KcDXBe]

Video berdurasi 38 saat itu turut dilatari dengan rungutan individu tersebut yang marah dengan tindakan pemandu kereta berkenaan. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker