Meninggal dunia depan rumah lepas pulang kayuh basikal

Meninggal dunia depan rumah lepas pulang kayuh basikal

KULIM: Seorang lelaki meninggal dunia di hadapan rumahnya selepas pulang daripada melakukan aktiviti berbasikal di Taman Mutiara, Sungai Kob, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun yang baru pulang melakukan aktiviti berbasikal melakukan senaman ringan sebelum secara tiba-tiba terjatuh dan pengsan.

Beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), sebelum mereka menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, berkata sebaik kakitangan hospital tiba, mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati, mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 sebelum ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa sebelum ini pernah dijangkiti virus itu pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Jenazah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya. BH

Meninggal dunia depan rumah lepas pulang kayuh basikal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker