Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
Seorang lelaki bertindak membakar kereta miliknya selepas tidak berpuas hati gara-gara telah mengeluarkan duit yang banyak untuk baik pulih, namun kenderan itu masih lagi rosak.
Menerusi video berdurasi 19 saat oleh yang dikongsi @abejebat5145 di laman aplikasi TikTok, lelaki itu dilihat tidak berpuas hati setelah mengeluarkan duit yang banyak untuk baik pulih kereta berkenaan tetapi tetap mengalami masalah yang sama.
Ketika kejadian, lelaki tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat pada kereta itu sebelum bertindak membakar enjin kenderaan tersebut.
“Bakar kereta serabut sebab dah habis banyak sampai tak berduit,” katanya.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress 43x0jJdt]Susulan daripada perkongsian itu, ramai pengguna media sosial menyelar tindakan lelaki itu yang bertindak membakar kereta di kawasan perumahan.
“Apa bendalah bakar depan rumah, elok bakar sahaja rumah sekali sebab menyusahkan awak bayar bil,” jelas @Kualiffqayyum.
“Daripada membazir bakar kereta, lebih jual dekat bengkel spare part (alat ganti) dapat juga duit, ini membazir buta-buta sahaja,” ujar @Haziqromli.
“Awak nak bakar kereta ke nak bakar apa-apa sahajalah, pergi bakar dekat tempat lain jangan sesukahati main bakar dekat kawasan perumahan,” kata @Komengdarjat.
Tinjuan di ruang komen mendapati lelaki tersebut dipercayai mengalami tekanan mungkin disebabkan itu dia bertindak membakar aset miliknya. – K! ONLINE
Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU
Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya