Segera semak syarat ketat MM2H, Sultan Johor beritahu PM

Segera semak syarat ketat MM2H, Sultan Johor beritahu PM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa kerajaan segera menyemak syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang diumumkan baru-baru ini.

Sultan Ibrahim menegaskan Johor antara destinasi utama pelaburan asing, selain negeri itu juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah program MM2H antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.

“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat beberapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif, khususnya pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika menerima menghadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.

Selain perkara berkenaan, Sultan Ibrahim turut membincangkan pelbagai perkara berkaitan kemajuan Johor dalam pertemuan itu.

Ini adalah kunjungan rasmi pertama Ismail sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu.

Sebelum ini, Sultan Johor antara yang paling lantang membidas Kementerian Dalam Negeri enggan mengkaji semula syarat ketat MM2H.

Di bawah syarat baharu yang diumumkan 11 Ogos lalu, peserta MM2H perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan pendapatan luar negara berbanding RM10,000 sebelum ini.

Mereka juga perlu memiliki akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta berbanding RM300,000 dan RM500,000 sebelum ini, serta pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta. FMT

Segera semak syarat ketat MM2H, Sultan Johor beritahu PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker